Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menangguhkan pelancaran roket terbaharu dikenali sebagai Space Launch System (SLS) dalam misi ke bulan pada Isnin.
NASA dalam kenyataannya berkata, roket berketinggian 322 kaki yang membawa projek Artemis 1 untuk ke bulan itu menghadapi masalah berkaitan enjin seperti yang disahkan oleh juruteranya.